sukasuki confuse Kebetulan @ Sengaja Dirancang??

Posted by : syarina at 06:09 0 Comments


Assalammualaikum...=)

Entri kali ni aku create bukanlah untuk mempengaruh sesiapa. Aku cuma keliru and hairan bout certain things. Okay, first of all, uols pernah dengar tak Quaker Oats? For sure pernah kan? Makanan / bijirin yang konon-konon baik untuk kesihatan tu. Padahal rasa die tak sedap langsung. Bukan pasal rasa dia yang aku nak story ni. Apa yang aku nak cerita pasal the story behind the word "Quaker".

As u know, Quaker Oat ni diilhamkan oleh seorang rakyat Amerika kalau tak silap aku la. Rasanya pada tahun 1850. Agak lama kan? Dah 161 tahun dah. Tapi baru sekarang aku tersedar. Macam ni, kalau ikot Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Kedua, Page 315, Quaker ni membawa maksud Kumpulan Kristian. So ni menimbulkan persoalan dekat dalam benak aku samada quaker oat ni halal ke tak..Yela, since sekarang ni pon banyak benda/makanan yang diragui sifatnya. Kadang-kadang ni merupakan salah satu cara dorang (bukan beragama Islam) untuk menjatuhkan umat Islam. See? Tapi pasal nama Quaker Oat ni aku sendiri tak sure. Aku just kemukakan pendapat je.

 Quaker= Kumpulan Kristian, Oat= Bijirin, so bila Quaker Oat means Bijirin Kumpulan Kristian. Kalau dah ada kena mengena dengan Agama / Pengikut Kristian, takkan kita nak follow kan??.. Erm..But, as I said, ni HANYALAH pendapat aku saje. Kalau nak kepastian, boleh lah refer pada mufti mana-mana.

Sama jugak macam pakaian brand Body Glove. Sometimes kalau uols tengok betol-betol ada SEGELINTIR design dia yang ada lambang salib (lambang agama kristian). Aku sendiri pernah terbeli baju brand ni yang ada lambang salib. Kalau tengok sekali imbas, memang korang takkan perasan but, kalau korang perhatikan satu-satu corak/design dia, sure korang akan nampak. Tapi aku tak tau lah kalau dorang memang sengaja nak lukis macam tu kan. Tapi sebagai menghormati Agama Islam, nak ke korang pakai pakaian yang ada lambang salib? Tak kan?

Tu belom lagi aku cerita pasal brand Ed Hardy yang jelas-jelas ade tulis designed by Christiano bla bla bla. Christiano sama lah jugak dengan Christian rite? Okay, sila jangan emo sebab as I said, ni HANYA pendapat aku saje. Nak terima or tak, its all up to you. Takde paksaan disini.

Banyakkan pengaruh-pengaruh Kristian in our daily life (for those yang pakai brand2 seperti diataslah)... Kadang-kadang kita ni daif, tak tau menahu langsung pasal benda-benda ni. Yang kita tau, baju tu design ni cantik, colorful, teros nak pakai. Nak-nak lagi yang branded-branded punya barang. Bukan main laju lagi pegi Pavillion nak beli. Hikhik..

Macam ni lah, kalau susah sangat, nanti aku buat baju khas untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam. Confirm 100% suci murni. Bebas dari wabak khinzir.Hahaha.. Pastu, aku bagi nama brand aku tu Brand Mail Lambung. Wooooo kompem meletoppp...! So, nantikan keluaran baju brand Mail Lambung ye kawan-kawan...Sila support Malaysian Brand. Pesanan ringkas dari Alyaa :)

sukasuki cakap pasal Self-Confidence ^_^

Posted by : syarina at 02:00 0 Comments


Aku rasa mesti ada segelintir diantara kita yang self-confidence nye kurang kan? atau dalam Bahasa Melayu nya, tahap keyakinan diri kurang. So, aku ade info nak share sikit pasal cara untuk meningkatkan tahap keyakinan diri. Here we go...

1)Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak.

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransur-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.